LUAHAN HATI: HARGAI & HORMATI IBUBAPA

Assalamualaikum and Hi people!!!!


Sorry lama tak update. Busy sangat. Takde masa nak update. Hehehe... Okay, so kebelakangan ni Husna selalu dengar cerita2 daripada kawan2, lecturer2... pasal manusia yang tak reti nak menghargai ibubapa ni. Amboiii. Geram betul dengar. Tahu tak penat2 mak ayah korang jaga korang dari kecik sampai lah korang dah besor panjang galah, sedap2 je dia lupakan mak bapak dia. Geramnyaaaa. 
Korang... tolong lah sangat2, hargai lah mak ayah korang. Kesian dorang. Dorang penat buat yang terbaik untuk korang, penat lelah untuk korang, janganlah sia2kan semua titik peluh dia... 

Korang kena ingat, mereka ibubapa kalian. Jaga kalian dari kecil sampai besar. So, mereka lagi tahu whats the best for you guys! Ya, memang kadang2 kita tak sependapat dengan mereka.. adakalanya mereka taknak terima pendapat korang. Tetapi, please please, sentiasa consult dengan mereka, ask for their advice.. kalau kalian nak jugak mereka terima pendapat kalian... persuade them nicely. Jangan masam muka terus, merajuk lepastu taknak cakap dengan mereka. Kesian mereka, sedih hati mereka... anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, kalian hancurkan hati mereka. Tak ada dalam dunia ni ibubapa yang nak rosakkan hidup anak2 dia. Kadang2 mereka suruh kau masuk ke lubang kecik supaya korang dapat elakkan diri daripada masuk ke gaung besar yang ada banyak duri tajam dalam tu. Jangan pandang apa yang mereka cuba halang, tapi pandang pada kesan kenapa mereka halang kalian buat macamtu. Untuk yang dah bekerja, yang masih ada ibubapa, please, hormat mereka, hargai mereka. Ya, memang kau dah berjaya, ada kerja, tapi keberkatan dan kebahagiaan tu, datangnya daripada tindakan hormat terhadap ibubapa. Kaya lah macamana sekalipun, kalau kalian tak hargai ibubapa kalian, kalian takkan rasa kebahagiaan tu. Kepada yang masih belajar, macam saya ni, pleaseee..... kalian kalau nak berjaya dan nak merasai nikmatnya belajar, hargai mereka. Hormati mereka. Ibubapa ni dia taknak harta, taknak apapun. Cukup korang hormat mereka sebagai ibubapa dan hargai jasa mereka.

Cakap pasal keberkatan dalam belajar ni, dah berlaku sesuatu dalam hidup husna, yang membuatkan husna ingat sampai bila2. Ingat bila rasa nak buat hal dekat ibu ayah, teringat insiden ni. So, waktu asasi, husna pernah gagal satu subjek ni. Sedih gila bila dapat tahu ada gagal. Tunjuk result dekat ibu ayah, lagilah. Tak terkata. Muka dorang sedih teramat, tapi mereka sembunyikan lepastu bagi lagi sokongan dekat husna supaya husna tak rasa down. Mulianya ya Allah hati mereka. Sumpah, waktu tu husna nak nangis..tapi tahan je beb! Taknak mereka rasa sedih tengok anaknya frust menonggeng. So, husna pun cublah cari mana salahnya, kenapa gagal. Padahal belajar bagai nak apa. Stay up memanjang, kadang2 sampai tak tidur. Belek punya belek, then husna perasan. Waktu masuk asasi dulu, kos husna ni kira kos hebat lah jugak sebab dalam family, husna sorang je amik kos ni. Husna rasa bongkak, rasa sombong dekat ibu ayah. Semua yang ibu ayah cakap, husna tolak habis2an. Dorang pulak yang kena mengalah. YA Allah... mesti hati mereka sedih sangat. So, husna pun tersedar, husna minta maaf dekat ibuayah. Walaupun mcm tetiba, ibu ayah pun pelik, dah kenapa anak aku ni? Tapi, ibu ayah siap cakap "Husna, ibu ayah tak pernah simpan dendam ke, nak terasa hati ke.. tak pernah pun. Ya, kadang2 husna cakap tu menyinggung perasaan kami, tapi kami tak mahu simpan. Kalau kami simpan, nanti husna berdosa. Ibu ayah taknak anak2 ibu ayah dapat dosa senang2 je macamtu. Jadi, ibu ayah maafkan je dengan harapan bila kami maafkan, anak2 kami tak berdosa," Ya Allah.... sayunyaa dengar jawapan mereka. Mulianyaaa. Ya Allah kau tempatkan lah ibu ayah ku dalam golongan orang beriman bila di akhirat nanti ya Allah. Sejak daripada tu, husna cuba jaga percakapan, jaga hati ibu ayah. Alhamdulillah, sejak masuk degree, Allah bagi keputusan yang agak baik untuk husna. Keputusan final yang jauh beza dengan keputusan waktu asasi dulu. Ahamdulillah ibu ayah pun seronok je. Tapi, biasalah. Dalam study ni, mestilah ada naik turun pointer. Tapi alhamdulillah turun pointer tak teruk mana. Setakat 0.2 atau 0.3. Sekarang alhamdulillah, husna rasa senang je nak belajar.. Rasa bahagia jee.

So, husna dah alami dah semua ni. Kalian tolonglah.. jaga adab dengan ibubapa. Ambil positif terhadap apa yang mereka katakan. Jangan selalu anggap negatif terhadap mereka. Inshaallah, Allah akan mudahkan urusan kalian. Okay, rasa mcm panjang sangat membebel ni... so korang fikir2kanlah.. husna cakap ni, untuk husna jugak. Inshaallah kita sama2 berubah sikit2 okay?

Okay people!!! Thanks for reading and love y'all!!! Peace yo!!! Byeeeee!!!

No comments:

Post a Comment