SKINCARE REVIEW: DERMAGS

Assalamualaikum and Hai people!!!!

Haaaa... dah berapa lama lah husna tak update  ni. Okay. sekarang dah habis final, so boleh lah nak update banyak2, tu pun kalau rajin laaaa. 
So, sekarang husna nak cerita sikit pasal masalah kulit muka husna ni. Jun tahun lepas, husna punya kulit muka teruk teruk tau. Naik jerawat!!! Dahlah naik berjemaah. Kalau naik seketul2 takpe lah lagi kira okay lah. Agak tertekan jugaklah. Pakai tu pakai ni semua tak jalan. Masuk sem baru, semua tegur. Maluuuuuu!!!! Dahlah perempuan jerawat banyak. bernanah pulak tu. Eeeeiii, malunya!!!!! So, sampai lah dua bulan yg lalu, husna jumpa pakar. Doktor cakap ni sebab allergic ayam dan ikan keli. So doktor suruh kurangkan makan dua tu. Lepastu adalah doktor bagi ubat2nya, alhamdulillah kurang lah sikit. Berpuasa jugaklah tak makan dua tu. Dahlah my feveret. Sedihhhh!!! Tapi tulah, demi nak pulihkan muka, sanggup ku korbankan.

So, baru 2 minggu yg lalu, ibu husna bagitau pasal dermags ni. Alhamdulillah pulih sikit, tak banyak sebab baru 2 minggu. Tapi perubahan dia ikut juga kulit muka masing2, ada yang ambil masa 2-3 bulan jugak nak sembuh. Tak apa sabar lah ye. Nak cantik bukan senang. Lagipun kalau produk yg cepat sangat nampak hasil dia dalam seminggu tu biasanya banyak merkuri. So dermags ni dia tak ada merkuri tau. Dia pakai bahan semula jadi. Dia ada set trial bagi beginner. Tahan 3 minggu atau sebulan. Set trial rm 135. Mahal sikit. tapi takpe, demi nak pulihkan muka kan. Yelah, kita dahlah student, lepastu banyak presentations and group work. So malulah muka penuh jerawat bernanah. Inshaallah akan sembuh walau take time sikit. So dia ada trial set, beauty set and satu lagi set sama dgn beauty set tambah bb cushion. Haa dia ada jugak bb cushion tau. Untuk lebih info boleh tengok dekat LINK INI atau LINK INI. Dia ada ajar macamana nak pakai, untuk sesiapa je yg sesuai dan macam2 lagi. So, husna baru je repeat order beli set yg 3 bulan. Inshaallah nanti kalau dah nampak perubahan husna tarruk gambar before and after ya. Husna senaraikan apa je ada dalam set beauty ni ye.

So ini full set beauty
1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Cream

Cara nak pakai?

Siang: No 1, No 2, No 3, No 4(husna pakai kalau nak keluar je)
Malam: No 1, No 2, No 3. 

Tu je. Simple kan? Kalau ada apa2 korang lawatlah website dia. Oh ya, dia tak dijual tepi2 kedai tau. Dia kena pm agent2 dia. Korang boleh tengok dekat fb page di je kalau nak nombor agent2 yg dekat dengan area korang. Search dkt fb, dermags skincare malaysia. Haaaa nanti keluarlah. Okaylah tu je kot yg husna nak kongsi. Nanti apa2 rujuk je dekat fb page dia atau website dia. 


Terima kasih kerana sudi membaca bebelan saya!!! Bye. Love chuolls!!!!