TRIP TO COURT, PUTRAJAYA


Assalamualaikum and Hai People!!!!


Hari Jumaat lepas 28 April 2017, Husna ada lawatan ke Court kat Putrajaya tau. Cantik gilaaa. Walaupun duduk dekat2 dengan Putrajaya, tapi tak pernah masuk pun. Hehehehe. Oh ya. Kalau korang nak masuk tengok boleh je. Datang je ke mahkamah tu then nanti masuk je lah mana2 bilik yang tengah bersidang. Kalau nak masuk tanpa kena buat borang semua tu, datang dalam berdua atau bertiga je. Sebab kalau lebih 4 orang kira berkumpulan, so ada lah prosedur kena ikut.

Okay, sambung balik. So, gerak dari Univ pukul 8 lepastu sampai sana pukul 8.40pagi. Sebabkan kitorang berkumpulan, so adalah orang yg guide kitorang nama dia Miss Jasmine dan Encik Zaidi. Masuk2 je, terpegun Husna tengok. Lawaaaa tau rekaan dia. Nampak kemas dan bersih je. Lepastu Miss Jasmine and Encik Zaidi tu bagi sedikit briefing then dorang bawak kitorang ke bilik yang tengah bersidang. Masuk2 je bilik tu, kena tunduk hormat dkt judges then baru duduk. Phone, rakaman tak dibenarkan. Kena off phone or silent. Vibrate boleh tapi make sure tak bunyi kuat. Satu lagi, dont cross your leg tau. Kena duduk straight. Bercakap pun dilarang. Basically kau kena dengar je lah. Macam solat jumaat jugak lahh.. Lepastu kitorang dibawa ke muzium mahkamah n then pusing2 dekat library pulak. Lepastu pukul 12tghri kitorang balik. Kena balik awal sebab lelaki nak solat jumaat kan. But, overall lawatan tu okay lah. Dapat sikit semangat nak kerja dekat situ. Nah gambar2nya:

Gambaran dalam Mahkamah pt 1

Gambaran dalam Mahkamah pt 2

Office ketua hakim negara

Me ala2 judge :)





Ni design dekat bumbung entrance mahkamah

Library dia. Ala2 Hogwarts gituu

Konon2 dekat library Hogwarts la ni xP
Okay tu je gambar2 yang ada. Sorry sebab tak ada gambar time court tengah bersidang sebab doran tak kasi amik gambar and record. So ni jelah boleh. Kalau korang nak tengok, datang jelah. Dengar kes2 dia. Nanti korang dengarlah mcm2 kes.

Thanks for reading!!! Love chuolls <3 !!!