PENGALAMAN SELAMA 3 TAHUN LEBIH AMBIL JURUSAN UNDANG UNDANG

Assalamualaikum and Hai people!!!!

Lamanyaa tak update blog. Almaklumlah, busy dengan final exam. Bila dah habis final busy bercuti pulak. Bila dah habis cuti busy nak masuk sem baru pulak. Haaa busy betul *sebenarnya malas*

Okay harini tiba tiba mood rajin nak update blog datang. Pasal apa? Haaaa. Harini husna rajin gila nak cerita pengalaman amik undang2 selama hampir 4 tahun since 2014 sampai lah 2018. Insyaallah by Jan 2020 husna dah grad, dah start praktikal. Okay husna buka cerita ni bukan nak membongkak nak mengembangkan diri dengan korang ye, tapi sebab nak cerita pengalaman pahit, manis, tawar semua lah sepanjang husna ambil jurusan ni.

Okay, saya Nurin Husna sedang mengambil jurusan undang undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tahun 2014 masuk asasi dekat Pusat Asasi UIA, Petaling jaya. Lepas 1 tahun setengah berhempas pulas dekat situ, alhamdulillah lulus untuk masuk ke UIAM Gombak untuk sambung ijazah. 

Image result for cfs iium pj
Haa nilah CFS IIUM Petaling Jaya
Haa tu gambar main entrance dia. Kalau nak tengok lagi, bolehla search dekat google. TETAPI, CFS IIUM PJ ni dah tutup tau. Dec 2017 dia dah tutup. Katanya owner tanah tu mintak balik. So pusat asasi ada pindah ke tempat lain. Tahun 2016, alhamdulillah husna dapat sambung ijazah dekat UIA Gombak. Rasa seronok sangat sebab dapat masuk pulak dengan kawan2 yang sama2 dekat CFS dulu. Sampailah sekarang masih di Gombak. Ni tengah tunggu masa je nak grad. Harap2 dipermudahkan perjalanan dekat UIA Gombak ni sampai dapat grad denga jayanya.

So apa pengalaman husna? Okay masa dekat CFS tu, mula2 happy sampai lupa yang husna ni dekat universiti bukan dekat sekolah lagi. So belajar pun main2 tak focus. Buat assignment lambat2 walaupun dapat submit on time. So bila dapat result final, haaa ambik kau. Satu subjek gagal. Menangis meraung sedih gila hati memang dah berkecailah. Pointer takyah cakaplah. Jatuh. Pointer tu memang tak boleh nak bawak masuk degree kalau ikutkan. Alhamdulillah itu baru sem 1 CFS. Jadinya sem selepas2 tu memang husna struggle gila naikkan sebab nak masuk degree ni. Takut tak lepas je. Nanti kena repeat. Maluuu. Alhamdulillah akhir tahun dekat CFS, pointer naik dan lepas untuk masuk degree. Time tu ibu ayah pun rasa happy je sebab bersyukur lulus nak masuk degree.

Image result for uia gombak
Main gate UIA Gombak

Image result for uia gombak

So, dah masuk degree. Lagilah perit. Assignment bertimbun2. Presentation bukan main banyak. Sesetengah lecturer suka buat mooting. Memang pening lah. Tidur? Takpayah cakap. Kadang2 tidur takcukup. Kalau nak final lagilah. Kadang2 tidur sejam je. Tak dinafikan dekat degree ni husna masih ada malas2 suka tangguh2. Tapi alhamdulillah kadang2 cepat tersedar terus bangun buang sifat malas jauh2. Tapi agak penat lah. Tapi seronok sebab suka jurusan ni. 

Macam orang cakap. Bila kita suka, semua boleh buat. Sebab kalau terpaksa tu, agak susahlah. Ambil kos ni kena hafal, kena faham semua. So kalau terpaksa tu, baik jangan ambil. Kalau parents korang paksa jugak, korang slow talk dengan dorang. Yakinkan dorang yang korang minat kos tu boleh bagi kejayaan dekat dorang dan membantu masa depan korang dan parents korang. Sebab, ibu bapa ni paksa2 korang sebab dorang sebenarnya risau. Betul kos yang korang pilih tu membantu masa depan korang? Boleh ke mengubah nasib korang sekarang ni? Haaaa. Sebab tulah. Yakinkan dorang tu penting. Kalau dorang taknak terima, doa kan bboleh? Doa dekat Allah  mintak lembutkan hati ibu bapa korang untuk terima apa kos yang korang pilih. Sebab pilih kos ni penting. Nilah yang menentukan masa depan korang. Nilah yang korang nak untuk masa depan korang. Jadi kalau korang salah pilih, korang kena paksa, kesianlah masa depan korang. Semua ni untuk diri korang sendiri. Okay. Rasanya cukuplah sampai sini je husna bebel :)


Terima kasih kerana sudi membaca bebelan saya !!!! Bye, love chuolls!!!





18 comments:

  1. As Salam, Saya nak tanya.. Lepas habis Asasi Undang-Undang di Gambang, untuk Degree kampusnya di Gombak ye? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Kerjaa apa lgi selain lawyer kalau amik law

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam kak..susah tak ambik asasi undang2

    ReplyDelete
  5. Salam kak nak tanya. Bilangan seat untuk pelajar foundation masuk aikol berapa ratus ye and ade x yang lepas cgpa tapi x lepas masuk aikol sebab x cukup seat.

    ReplyDelete
  6. Salam sis, nk tanya utk masuk ni spm mt ambik kira ke sbb subjek lain ok mt tu lain pulak sbb bm n sj saya ok

    ReplyDelete
  7. Dulu sis spm dapat brapa bole layak.amik.jurusan ni? Anak akak dapat 4 A (sejarah bm agama math) 1 B+( bhsa ing) 2 C (fizik n bio ) 1 E ( kimia) n gagal add math layak tak nk mohon?

    ReplyDelete
  8. Akak saya minat juga lawyer ii ni pastu tetingin ah nak try tp cam takut gak ah saya jarang bernasib baik hahaha tu je hehe

    ReplyDelete
  9. aslm kak..sy lepasan spm 2021..if akak tak kisah, blh tak share result spm akak dulu? and nak ambik asasi undang ii uia ni kena dpt berapa A?

    ReplyDelete
  10. Salam kak. Sy pelajar tahun ketiga undang-undang. Nak tanya, pengalaman akak jawab final exam. Ada any tips? Kena hafal semua ke or ada tips yg boleh mempermudahkan utk tulis jawpaan. Thank you. Mungkin skrg akak dah grad dah. And maybe dah pegang title as someone in legal field.

    ReplyDelete
  11. Sis saya dah ada degree Syariah dari USIM (Fiqh Fatwa).Agak2 kalau buat LLB kat Uia boleh ke? Saya nak jadi civil lawyer

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak..sy ada persoalaan tp tak taulh kalau akak reply ke tak ahahaha..okayy,soalan dy mcm nie..sy ambil dip in business coz of my family but now sy rasa utk degree sy nk buat smthg yg sy nk which is sambung law, persoalan ny..sy nlh sambung degree in law terus or kena buat dip in law then baru degree…or ad cara lain yg sy tak tau ㅜㅜ thankiuu tolong lh reply sy…sy dh tnya pakcik google psl nie tp tak dpt jwpn :(

    ReplyDelete
  13. dari pemerhatian & pengalaman ....peribadi pelajar macamana sesuai buat law ni....suka menghafal/kuat memori....suka kepada reasoning....suka berdebat....suka membaca....suka menulis fakta ilmiah...suka menulis fiksyen

    ReplyDelete
  14. Thank You and that i have a super offer: How To Reno A House home kitchen remodel

    ReplyDelete