PENGALAMAN SELAMA 3 TAHUN LEBIH AMBIL JURUSAN UNDANG UNDANG

Assalamualaikum and Hai people!!!!

Lamanyaa tak update blog. Almaklumlah, busy dengan final exam. Bila dah habis final busy bercuti pulak. Bila dah habis cuti busy nak masuk sem baru pulak. Haaa busy betul *sebenarnya malas*

Okay harini tiba tiba mood rajin nak update blog datang. Pasal apa? Haaaa. Harini husna rajin gila nak cerita pengalaman amik undang2 selama hampir 4 tahun since 2014 sampai lah 2018. Insyaallah by Jan 2020 husna dah grad, dah start praktikal. Okay husna buka cerita ni bukan nak membongkak nak mengembangkan diri dengan korang ye, tapi sebab nak cerita pengalaman pahit, manis, tawar semua lah sepanjang husna ambil jurusan ni.

Okay, saya Nurin Husna sedang mengambil jurusan undang undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tahun 2014 masuk asasi dekat Pusat Asasi UIA, Petaling jaya. Lepas 1 tahun setengah berhempas pulas dekat situ, alhamdulillah lulus untuk masuk ke UIAM Gombak untuk sambung ijazah. 

Image result for cfs iium pj
Haa nilah CFS IIUM Petaling Jaya
Haa tu gambar main entrance dia. Kalau nak tengok lagi, bolehla search dekat google. TETAPI, CFS IIUM PJ ni dah tutup tau. Dec 2017 dia dah tutup. Katanya owner tanah tu mintak balik. So pusat asasi ada pindah ke tempat lain. Tahun 2016, alhamdulillah husna dapat sambung ijazah dekat UIA Gombak. Rasa seronok sangat sebab dapat masuk pulak dengan kawan2 yang sama2 dekat CFS dulu. Sampailah sekarang masih di Gombak. Ni tengah tunggu masa je nak grad. Harap2 dipermudahkan perjalanan dekat UIA Gombak ni sampai dapat grad denga jayanya.

So apa pengalaman husna? Okay masa dekat CFS tu, mula2 happy sampai lupa yang husna ni dekat universiti bukan dekat sekolah lagi. So belajar pun main2 tak focus. Buat assignment lambat2 walaupun dapat submit on time. So bila dapat result final, haaa ambik kau. Satu subjek gagal. Menangis meraung sedih gila hati memang dah berkecailah. Pointer takyah cakaplah. Jatuh. Pointer tu memang tak boleh nak bawak masuk degree kalau ikutkan. Alhamdulillah itu baru sem 1 CFS. Jadinya sem selepas2 tu memang husna struggle gila naikkan sebab nak masuk degree ni. Takut tak lepas je. Nanti kena repeat. Maluuu. Alhamdulillah akhir tahun dekat CFS, pointer naik dan lepas untuk masuk degree. Time tu ibu ayah pun rasa happy je sebab bersyukur lulus nak masuk degree.

Image result for uia gombak
Main gate UIA Gombak

Image result for uia gombak

So, dah masuk degree. Lagilah perit. Assignment bertimbun2. Presentation bukan main banyak. Sesetengah lecturer suka buat mooting. Memang pening lah. Tidur? Takpayah cakap. Kadang2 tidur takcukup. Kalau nak final lagilah. Kadang2 tidur sejam je. Tak dinafikan dekat degree ni husna masih ada malas2 suka tangguh2. Tapi alhamdulillah kadang2 cepat tersedar terus bangun buang sifat malas jauh2. Tapi agak penat lah. Tapi seronok sebab suka jurusan ni. 

Macam orang cakap. Bila kita suka, semua boleh buat. Sebab kalau terpaksa tu, agak susahlah. Ambil kos ni kena hafal, kena faham semua. So kalau terpaksa tu, baik jangan ambil. Kalau parents korang paksa jugak, korang slow talk dengan dorang. Yakinkan dorang yang korang minat kos tu boleh bagi kejayaan dekat dorang dan membantu masa depan korang dan parents korang. Sebab, ibu bapa ni paksa2 korang sebab dorang sebenarnya risau. Betul kos yang korang pilih tu membantu masa depan korang? Boleh ke mengubah nasib korang sekarang ni? Haaaa. Sebab tulah. Yakinkan dorang tu penting. Kalau dorang taknak terima, doa kan bboleh? Doa dekat Allah  mintak lembutkan hati ibu bapa korang untuk terima apa kos yang korang pilih. Sebab pilih kos ni penting. Nilah yang menentukan masa depan korang. Nilah yang korang nak untuk masa depan korang. Jadi kalau korang salah pilih, korang kena paksa, kesianlah masa depan korang. Semua ni untuk diri korang sendiri. Okay. Rasanya cukuplah sampai sini je husna bebel :)


Terima kasih kerana sudi membaca bebelan saya !!!! Bye, love chuolls!!!





SKINCARE REVIEW: DERMAGS

Assalamualaikum and Hai people!!!!

Haaaa... dah berapa lama lah husna tak update  ni. Okay. sekarang dah habis final, so boleh lah nak update banyak2, tu pun kalau rajin laaaa. 
So, sekarang husna nak cerita sikit pasal masalah kulit muka husna ni. Jun tahun lepas, husna punya kulit muka teruk teruk tau. Naik jerawat!!! Dahlah naik berjemaah. Kalau naik seketul2 takpe lah lagi kira okay lah. Agak tertekan jugaklah. Pakai tu pakai ni semua tak jalan. Masuk sem baru, semua tegur. Maluuuuuu!!!! Dahlah perempuan jerawat banyak. bernanah pulak tu. Eeeeiii, malunya!!!!! So, sampai lah dua bulan yg lalu, husna jumpa pakar. Doktor cakap ni sebab allergic ayam dan ikan keli. So doktor suruh kurangkan makan dua tu. Lepastu adalah doktor bagi ubat2nya, alhamdulillah kurang lah sikit. Berpuasa jugaklah tak makan dua tu. Dahlah my feveret. Sedihhhh!!! Tapi tulah, demi nak pulihkan muka, sanggup ku korbankan.

So, baru 2 minggu yg lalu, ibu husna bagitau pasal dermags ni. Alhamdulillah pulih sikit, tak banyak sebab baru 2 minggu. Tapi perubahan dia ikut juga kulit muka masing2, ada yang ambil masa 2-3 bulan jugak nak sembuh. Tak apa sabar lah ye. Nak cantik bukan senang. Lagipun kalau produk yg cepat sangat nampak hasil dia dalam seminggu tu biasanya banyak merkuri. So dermags ni dia tak ada merkuri tau. Dia pakai bahan semula jadi. Dia ada set trial bagi beginner. Tahan 3 minggu atau sebulan. Set trial rm 135. Mahal sikit. tapi takpe, demi nak pulihkan muka kan. Yelah, kita dahlah student, lepastu banyak presentations and group work. So malulah muka penuh jerawat bernanah. Inshaallah akan sembuh walau take time sikit. So dia ada trial set, beauty set and satu lagi set sama dgn beauty set tambah bb cushion. Haa dia ada jugak bb cushion tau. Untuk lebih info boleh tengok dekat LINK INI atau LINK INI. Dia ada ajar macamana nak pakai, untuk sesiapa je yg sesuai dan macam2 lagi. So, husna baru je repeat order beli set yg 3 bulan. Inshaallah nanti kalau dah nampak perubahan husna tarruk gambar before and after ya. Husna senaraikan apa je ada dalam set beauty ni ye.

So ini full set beauty
1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Cream

Cara nak pakai?

Siang: No 1, No 2, No 3, No 4(husna pakai kalau nak keluar je)
Malam: No 1, No 2, No 3. 

Tu je. Simple kan? Kalau ada apa2 korang lawatlah website dia. Oh ya, dia tak dijual tepi2 kedai tau. Dia kena pm agent2 dia. Korang boleh tengok dekat fb page di je kalau nak nombor agent2 yg dekat dengan area korang. Search dkt fb, dermags skincare malaysia. Haaaa nanti keluarlah. Okaylah tu je kot yg husna nak kongsi. Nanti apa2 rujuk je dekat fb page dia atau website dia. 


Terima kasih kerana sudi membaca bebelan saya!!! Bye. Love chuolls!!!!





TRIP TO COURT, PUTRAJAYA


Assalamualaikum and Hai People!!!!


Hari Jumaat lepas 28 April 2017, Husna ada lawatan ke Court kat Putrajaya tau. Cantik gilaaa. Walaupun duduk dekat2 dengan Putrajaya, tapi tak pernah masuk pun. Hehehehe. Oh ya. Kalau korang nak masuk tengok boleh je. Datang je ke mahkamah tu then nanti masuk je lah mana2 bilik yang tengah bersidang. Kalau nak masuk tanpa kena buat borang semua tu, datang dalam berdua atau bertiga je. Sebab kalau lebih 4 orang kira berkumpulan, so ada lah prosedur kena ikut.

Okay, sambung balik. So, gerak dari Univ pukul 8 lepastu sampai sana pukul 8.40pagi. Sebabkan kitorang berkumpulan, so adalah orang yg guide kitorang nama dia Miss Jasmine dan Encik Zaidi. Masuk2 je, terpegun Husna tengok. Lawaaaa tau rekaan dia. Nampak kemas dan bersih je. Lepastu Miss Jasmine and Encik Zaidi tu bagi sedikit briefing then dorang bawak kitorang ke bilik yang tengah bersidang. Masuk2 je bilik tu, kena tunduk hormat dkt judges then baru duduk. Phone, rakaman tak dibenarkan. Kena off phone or silent. Vibrate boleh tapi make sure tak bunyi kuat. Satu lagi, dont cross your leg tau. Kena duduk straight. Bercakap pun dilarang. Basically kau kena dengar je lah. Macam solat jumaat jugak lahh.. Lepastu kitorang dibawa ke muzium mahkamah n then pusing2 dekat library pulak. Lepastu pukul 12tghri kitorang balik. Kena balik awal sebab lelaki nak solat jumaat kan. But, overall lawatan tu okay lah. Dapat sikit semangat nak kerja dekat situ. Nah gambar2nya:

Gambaran dalam Mahkamah pt 1

Gambaran dalam Mahkamah pt 2

Office ketua hakim negara

Me ala2 judge :)





Ni design dekat bumbung entrance mahkamah

Library dia. Ala2 Hogwarts gituu

Konon2 dekat library Hogwarts la ni xP
Okay tu je gambar2 yang ada. Sorry sebab tak ada gambar time court tengah bersidang sebab doran tak kasi amik gambar and record. So ni jelah boleh. Kalau korang nak tengok, datang jelah. Dengar kes2 dia. Nanti korang dengarlah mcm2 kes.

Thanks for reading!!! Love chuolls <3 !!!

SEDIHNYA

Assalamualaikum and Hi people!!!!


Kita ni makin besar makin macam2 orang yang kita jumpa. Ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang nampak baik tapi rupanya belakang kita dia sedap je mengutuk kita, ada yang nampak jahat je dengan kita tapi waktu kita susah dia lah yang datang bantu kita. Haiih. Kenapa lah semua orang lain2. Kenapa tak diciptakan sama je. Hmm maybe ada hikmahnya kan.

Sebenarnya, kebelakangan ni Husna agak bengang lah jugak dengan ada beberapa orang ni. Taktahulah. Kita dah cuba jaga hati dia baik baik. Taknak lukakan dia, tapi dia sedap2 je cakap kita itu ini tak kisah pun pasal perasaan dan hati kita. Ada yang sorang ni, haih, yang ni lagi sedih. Buat baik dengan kita bersebab. Contohnya, bila takde duit barulah nak berbaik2 dengan kita. Sakitnya hati dengan orang mcm ni. Nak tegur, tapi nanti kata kita itu ini lah pulak. Takpaham lah dengan orang yang mcm ni :'(

Sedihnya bila orang tak pandai hargai kita. Kita bersusah untuk dia, dia takkesah pun. Ada lagi sorang ni, Husna pinjamkan barang Husna, lepastu bila dia pulangkan dekat kita, barang tu jadi buruk  dah. Ya Allah penatnya kita menjaga barang tu elok2. Cantik2 kemas2 je kita jaga. Jadi JAHANAM tau barang tu. Dia tau tak yang dia pinjam barang orang?? Takkan tak reti nak faham kalau pinjam, mestilah kena pulangkan dalam keadaan yang baik. Yang peliknya dia tak cakap sorry ke apa ke tau. Dia sedar tak yang dia dah rosakkan barang kita. Ish, ada juga spesis yg macam ni. Hancur gila hati bila tengok barang tu. Taktahulah. Dah tawar hati dah dengan orang mcm ni. Dah taktaulah nak buat apa. GERAMNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

APASAL SEMUA TAK RETI NAK SENANGKAN HIDUP AKU. PLEASELAH AKU CUMA NAK HIDUP SELESA. PLEASE BAGI KETENANGAN DEKAT AKU. KORANG MARAH PULAK BILA AKU KACAU KAU SUSAHKAN KAU. APA MASALAH KORANGGGGG!!! LIKE HOW COULD YOU GUYS DO THIS TO ME LEPAS SEMUA AKU DAH LUAHKAN PUN KORANG MASIH TAKPAHAM. AKU MANUSIA TAU BUKAN ROBOT. PLEASE BAGI AKU HIDUP DENGAN TENANG!!!!!!!!!!

Sorry, tu cuma luahan hati yg terpendam lama dekat orang2 berkaitan je. Kalian yg lain tidak berkaitan. Hanya orang tertentu sahaja :)))

Thank you for reading my blog. Love y'all!!! Peace and Bye!!!

LUAHAN HATI: HARGAI & HORMATI IBUBAPA

Assalamualaikum and Hi people!!!!


Sorry lama tak update. Busy sangat. Takde masa nak update. Hehehe... Okay, so kebelakangan ni Husna selalu dengar cerita2 daripada kawan2, lecturer2... pasal manusia yang tak reti nak menghargai ibubapa ni. Amboiii. Geram betul dengar. Tahu tak penat2 mak ayah korang jaga korang dari kecik sampai lah korang dah besor panjang galah, sedap2 je dia lupakan mak bapak dia. Geramnyaaaa. 
Korang... tolong lah sangat2, hargai lah mak ayah korang. Kesian dorang. Dorang penat buat yang terbaik untuk korang, penat lelah untuk korang, janganlah sia2kan semua titik peluh dia... 

Korang kena ingat, mereka ibubapa kalian. Jaga kalian dari kecil sampai besar. So, mereka lagi tahu whats the best for you guys! Ya, memang kadang2 kita tak sependapat dengan mereka.. adakalanya mereka taknak terima pendapat korang. Tetapi, please please, sentiasa consult dengan mereka, ask for their advice.. kalau kalian nak jugak mereka terima pendapat kalian... persuade them nicely. Jangan masam muka terus, merajuk lepastu taknak cakap dengan mereka. Kesian mereka, sedih hati mereka... anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, kalian hancurkan hati mereka. Tak ada dalam dunia ni ibubapa yang nak rosakkan hidup anak2 dia. Kadang2 mereka suruh kau masuk ke lubang kecik supaya korang dapat elakkan diri daripada masuk ke gaung besar yang ada banyak duri tajam dalam tu. Jangan pandang apa yang mereka cuba halang, tapi pandang pada kesan kenapa mereka halang kalian buat macamtu. Untuk yang dah bekerja, yang masih ada ibubapa, please, hormat mereka, hargai mereka. Ya, memang kau dah berjaya, ada kerja, tapi keberkatan dan kebahagiaan tu, datangnya daripada tindakan hormat terhadap ibubapa. Kaya lah macamana sekalipun, kalau kalian tak hargai ibubapa kalian, kalian takkan rasa kebahagiaan tu. Kepada yang masih belajar, macam saya ni, pleaseee..... kalian kalau nak berjaya dan nak merasai nikmatnya belajar, hargai mereka. Hormati mereka. Ibubapa ni dia taknak harta, taknak apapun. Cukup korang hormat mereka sebagai ibubapa dan hargai jasa mereka.

Cakap pasal keberkatan dalam belajar ni, dah berlaku sesuatu dalam hidup husna, yang membuatkan husna ingat sampai bila2. Ingat bila rasa nak buat hal dekat ibu ayah, teringat insiden ni. So, waktu asasi, husna pernah gagal satu subjek ni. Sedih gila bila dapat tahu ada gagal. Tunjuk result dekat ibu ayah, lagilah. Tak terkata. Muka dorang sedih teramat, tapi mereka sembunyikan lepastu bagi lagi sokongan dekat husna supaya husna tak rasa down. Mulianya ya Allah hati mereka. Sumpah, waktu tu husna nak nangis..tapi tahan je beb! Taknak mereka rasa sedih tengok anaknya frust menonggeng. So, husna pun cublah cari mana salahnya, kenapa gagal. Padahal belajar bagai nak apa. Stay up memanjang, kadang2 sampai tak tidur. Belek punya belek, then husna perasan. Waktu masuk asasi dulu, kos husna ni kira kos hebat lah jugak sebab dalam family, husna sorang je amik kos ni. Husna rasa bongkak, rasa sombong dekat ibu ayah. Semua yang ibu ayah cakap, husna tolak habis2an. Dorang pulak yang kena mengalah. YA Allah... mesti hati mereka sedih sangat. So, husna pun tersedar, husna minta maaf dekat ibuayah. Walaupun mcm tetiba, ibu ayah pun pelik, dah kenapa anak aku ni? Tapi, ibu ayah siap cakap "Husna, ibu ayah tak pernah simpan dendam ke, nak terasa hati ke.. tak pernah pun. Ya, kadang2 husna cakap tu menyinggung perasaan kami, tapi kami tak mahu simpan. Kalau kami simpan, nanti husna berdosa. Ibu ayah taknak anak2 ibu ayah dapat dosa senang2 je macamtu. Jadi, ibu ayah maafkan je dengan harapan bila kami maafkan, anak2 kami tak berdosa," Ya Allah.... sayunyaa dengar jawapan mereka. Mulianyaaa. Ya Allah kau tempatkan lah ibu ayah ku dalam golongan orang beriman bila di akhirat nanti ya Allah. Sejak daripada tu, husna cuba jaga percakapan, jaga hati ibu ayah. Alhamdulillah, sejak masuk degree, Allah bagi keputusan yang agak baik untuk husna. Keputusan final yang jauh beza dengan keputusan waktu asasi dulu. Ahamdulillah ibu ayah pun seronok je. Tapi, biasalah. Dalam study ni, mestilah ada naik turun pointer. Tapi alhamdulillah turun pointer tak teruk mana. Setakat 0.2 atau 0.3. Sekarang alhamdulillah, husna rasa senang je nak belajar.. Rasa bahagia jee.

So, husna dah alami dah semua ni. Kalian tolonglah.. jaga adab dengan ibubapa. Ambil positif terhadap apa yang mereka katakan. Jangan selalu anggap negatif terhadap mereka. Inshaallah, Allah akan mudahkan urusan kalian. Okay, rasa mcm panjang sangat membebel ni... so korang fikir2kanlah.. husna cakap ni, untuk husna jugak. Inshaallah kita sama2 berubah sikit2 okay?

Okay people!!! Thanks for reading and love y'all!!! Peace yo!!! Byeeeee!!!

MIDNIGHT POST


Assalamualaikum and Hai people!!!

I'm back!!! After so longgg, finally made it to update new post. Sekarang jam 12.25 AM dan husna masih tak tidur lagi. Lol. Esok ada kelas pukul 9 pagi sampai 5 petang. Ughh penat gila. Berterusan pulak tuhhh. Rehat pukul 1-2 petang je >_<
Sebenarnya tak ada pun, cuma saja nak membebel :)
Esok ada presentation, lepastu quiz tak siap lagi. Aduh banyak benda nak kena buat. Tulaaa weekend main lagi!!! Nak borak apa pun, taktau. Oh yaaa, husna sekarang tengah layan Japanese dramas and movies. I will share to u guys my list of Japanese dramas and movies soon. Semuanya 2015 dn 2016. Insyaallah.

Okay lah, bye. Love y'all :) 

(VIDEO)MY PINKY PROMISE


Assalamualaikum and Hi people!!!!

Yassss, seperti yang dijanjikan on my last post. Harini video dah siap, setelah banyak gila cabaran yang ditempuh untuk nak masukkan dalam blog, akhirnyaaaa dapat jugak masukkan. Tadaaaaaaa...... This is my first try editing video. So, kalau ada macam buruk gila tu, ampun ya. Saya masih budak mentah yang baru nak belajar buat video. After this, kalau ada travel kemana2, insyaallah i'll edit and post the video. Okay, done membebel, now... A travel video with my bestfriends presented by NureenHusna. Enjoy watching, people! (Please pause my music first)




Sooooooo?!! What do you think huh? Okay tak? Sorry guys for the poor quality. I dont know how to upload the hd quality, cus blog cant exceed more than 100mb. So yeah. A bit disappointed but im trying to find a way to upload hd quality. If u guys know how to do it, please let me know in the comment below okay? However, u guys can click this link >>>>SHORT VACATION WITH MY BESTFRIENDS to watch in hd quality. I just uploaded it in my vimeo and still finding a way to upload in blog with good quality. It took me 2 days to edit this whole thing. Susah jugak nak edit video, but, its okay. As long you guna sepenuh jiwa raga, semuanya menjadi. Kann?!

Okay people!!! Thanks for reading and love y'all !!! Peace yo!!! Byeeeee !!!








MY BESTFRIENDS, HOW I MET THEM

Assalamualaikum and Hi people!!!!

Today, I feel so rajin to update my blog. Sebab taknak blog berhabuk, so kenalah rajin update. 
I introduce you, my bestfriends yang gila, bengong dan saaaaaaaangatlah bengong! Kitorang dah kenal selama 6 tahun. So, macam mana kita orang boleh jadi kawan baik? Ni ceritanyaaaa..........

from behind, left: me, Nur izzati. Front left, Nurin Huda(my twin) and Nur Syahida.

Once upon a time..... *cehhhh*
So, aku ada kembar, namanya nurin huda. She's my bestfriend since we're born. I really love her that i never care to have a bestfriend when i was in my primary school. Then when i was in my secondary school, i realized i need one friend where i can tell my secrets and all. Yela, sek menengah memisahkan aku dengan kembar aku. Well, actually we were in same school but different class. And yeah that make me feel so far dengan dia T.T.
When i was 13 yrs old, aku sama kelas lagi dengan kembar aku, but started to try kawan dengan orang lain. And, aku berkawan dengan satu geng ni. And, aku sangatla terikut dengan dorang punya lifestyle sampai cikgu tak suka aku. okay, taknak cerita pasal tu. itu maybe in my next post. and then, i started to unfriend them because of some matters. Then when i was in form 2 (14yrs old) aku dengan kembar aku berpisah! But kitorang masuk asrama. Maka, mulalah misi mencari kawan baru. Yes, i found them but still not izzati. Kawan2 aku yang baru ni, semuanya ada berapa entah. Ceh, geng baru pulak. Tapi still dengan Huda jugak. semua secrets kongsi ngan huda je. This geng pulak, rupanya tak suka izzati (atiey). Then dorang ceritalah kenapa dorang tak suka. LOL. Semuanya sebab lelaki okay! Tapi disebabkan aku dengan dorang, so aku kenalah ikut tak suka jugak dengan atiey. LOL. So childish. And yess, setiap kali jumpa dia, i will give a bitch face to her. HAHAHAHA, im soo bitch that u cant even think i could be. 
But, God had the best plan for me and atiey. When i was 15 yrs old(form 3) we're in the same dorm and her bed was next to me. Since that, i knew that i was wrong about her. She's soooo kind and soo manja that u really wanna slap her face. LOL. JK! I love her as my bestfriend. She can keep my secrets. I trust her sooo much. Well, we started getting close after 1st june 2011. Oh ya, Nur syahida (syahid) aku memang rapat dengan dia sebab huda punya bestfriend. So, kenalah rapat. YEs, my story dengan syahid simple je. Disebabkan huda. 1st june tu kitorang keluar sesama dengan ada sorang kawan nii. dia third wheel kitorang lah kononnya. sebab huda dengan syahiid, aku dengan atiey. LOL. kesian dia. sorang2. And after that, kitorang macam belangkas. Semua sama sama. And when we're in form 4(16yrs old), dia pindah sekolah. And yess, i cried soooooooooooo much. At that time, i thought we're going to lost contact and forget each other. I dont want that because i want us to stay together as bestfriend forever. But i was wrong. She's still contact me and we did send letters and gifts. 

And now, all four of us still contact and are planning to go overseas together. I hope that time will come soon :)

These are our recent photos of travel together. I'm in process of making video on our last travel to Perak. If it is done, i'll post it here. Pinky Promise!









Dahh. Banyak lagi sebenarnya, but takut korang mengantuk nak tengok.Hehehehe. 
Okay people! Thanks for reading, lova y'all!!!! Peace yo !!! Byeeeeee!!!!